Sunday, 22 September 2013

kawan oh kawan

Assalamualaikum.. Setelah sekian lama membisu hari ni aku muncul kembali. Jangan tertanya-tanya ya. Urmm bagaimana hendak ku luahkan ya. Bila dah tengok tajuk blog ni mesti kita sudah sedia maklum mesti apa yang bakal diperkatakan tak lain tak bukan mesti tentang kawan kan. Aku sebenarnya tak nak lah mendedahkan aib kawan aku ni. Tapi aku tak boleh nak terima apa yang dah dia buat kat aku,kawan-kawan dia yang lain dan orang ramai. Apa sebanarnya motif kau buat kami semua macam ni. Bila kepercayaan diberikan sepenuhnya oleh kami kepada kau, macam ni kau balas balik? How dare you!! Aku betul-betul tak sangka kau macam ni. Please be honest! kami masih mengharapkan kau berterus terang kenapa kau buat kami macam ni. Aku rasa kalau kau yang berada di tempat kami belum tentu kau boleh bersabar seperti mana kami. Tolong jangan jadi orang munafik. Jangan main-main dengan kata-kata. Takut kelak kau juga yang derita. Tolonglah pulang ke pangkal jalan..

Saturday, 15 June 2013

EXHOMEROOMMATE

Firstly , Assalamualaikum ku ucapkan. Moga hidup ini mendapat keberkatan dan keredhaan Ilahi. Sorry tajuk atas tu sangat extreme. Saja rasa nak tulis kat kau melalui blog aku yang sangat buruk ni. Memandangkan kau tu sangat manja+gedik+anak mak walaupun anak sulung so aku kasi tajuk ni BUDAK MANJA+GEDIK. Hope kau tak marah aku lah ya. Aku doakan kau di sana baik-baik saja and happy-happy selalu. Jangan tanam sifat dendam sebab benda tu bukan elok. Dendam tu salah satu pintu syaitan dalam diri manusia. Kau nak ka jadi macam tu? And duduk dekat UITM tu belajar elok-elok, jaga iman,jaga akhlak. Cari kawan yang elok dan berjenis. Kawan ni sangat mempengaruhi kita taw tak? Tapi aku tak bermaksud orang yang tak ok tak boleh kawan,cuma kau jangan rapat dengan deme. Pedulikan apa yang orang cakap kat kita.Yang penting niat kita kat situ sebab nak belajar and belajar tu biarlah kerana Allah.Aku tak ada idea nak karang panjang-panjang. Aku bukan budak sastera yang boleh karang ayat-ayat puitis and madah pujangga segala bagai. Mana yang boleh aku nasihat tu InshaAllah aku tolong. Sorry mengusahkan kau kena pergi CC pulak. Nanti kalau aku balik kampung aku pergi jenguk kau dekat sana. Jangan nak humble sangat kat situ. Kau tu tinggi,lain lah aku yang comel ni.. :)

Kalau ada apa-apa jangan segan-segan bagi tahu aku.Kembalikan senyuman manismu seperti di MRSM LENGGONG dulu. Aku  nak kau jadi macam 5 Delta macam last year. Tak nak sedih-sedih,nanti cepat tua. Nanti tak ada orang nak. :P Ok, aku rasa setakat ni ja kot coretan yang boleh daku coretkan buatmu. Always pray you! :)